Pages

Friday

Where's My Toilet


Aahhh..mengendalikan najis kucing, semua orang tidak suka berhadapan dengannya. Setakat ini saya tidak pernah menjumpai sesiapa yang gembira mengendalikannya, walaupun seorang doktor. Bezanya adalah, seorang doktor telah dilatih untuk mendepani perkara-perkara yang dirasakan jijik oleh orang lain demi kebaikan kucing dan tuannya. Artikel di bawah adalah himpunan masalah-masalah yang berkaitan dengan pembuangan najis, kotak najis serta latihan-latihan yang berkaitan. Samada kita memelihara kucing secara indoor atau outdoor, kita mesti menyediakan kotak najis atau litter box untuknya, serta melatihnya untuk membuang di situ, dan bukannya di tempat lain. 

Ya, walaupun kucing kita dilepaskan ke luar merayau-rayau dan hanya pulang ketika makan, kotak najis itu perlu disediakan. Kita mungkin merasakan laman rumah kita adalah bersih dan nyaman, tetapi rumah jiran kita akan terganggu dengan suasana nyaman yang di bina disebabkan oleh kucing kita memberikan hadiah beberapa ketul najis bersebelahan kasutnya.

Saya pernah mendengar dalam satu kuliah agama, bahawa dalam Islam, ulama' telah menetapkan jika kita membela kucing atau binatang peliharaan lain maka kita mesti menyediakan tempat untuknya membuang najis. Jika kucing itu membuang di kawasan rumah jiran, adalah wajib untuk kita membasuhnya.

Jika kita enggan maka jiran kita berhak untuk membawa kita bersumpah (bukan sumpah laknat ye) di hadapan Qadhi (hakim) bahawa kucing itu bukan milik kita dan pemerintah boleh merampas kucing atau binatang peliharaan itu. Saya terpegun kerana memikirkan bahawa ulama' begitu teliti dan telah lama memberikan penyelesaian terhadap masalah ini.

Kebiasaan yang saya lihat, tidak ramai yang menyediakan kotak najis ini. Saya harap selepas anda membaca kiriman ini, anda akan menyediakannya, dan melatih mereka untuk menggunakannya. Tidak perlu membeli yang mahal-mahal, kerana namanya adalah kotak-najis, dan bukannya kotak-hiasan-warna-warni-rekabentuk-cantik-najis. Yang penting, kucing anda selesa menggunakannya.

Si Comel Takde Mood Nak Berak Di situ!


Kiriman ini adalah mengenai pengenalan kepada kotak najis, bagaimana menjaga kebersihannya dan beberapa tips ringkas berkenaan penggunaannya.

Mengatasi Masalah Kotak Najis Kucing


Lanjutan dari kiriman pertama, melihat beberapa kaedah bagaimana untuk menggalakkan kucing anda menggunakan kotak najis dan menjauhi tempat lain. Khusus untuk mereka yang mempunyai masalah kucing yang pernah membuang di tempat lain atau menjauhi kotak najis. Bagi yang pertama kali memperkenalkan kotak najis kepada kucing, kaedah-kaedah ini juga boleh digunakan.

Masalah Pembuangan Najis Kucing


Kiriman ini cuba memberi gambaran mengenai beza antara pembuangan najis/kencing secara biasa atau buangan yang menunjukkan tanda masalah lain.

Pembuangan Najis Merata-rata


Terdapat 4 sebab utama mengapa kucing memilih selain dari kotak najis, dan 4 sebab ini dijelaskan dalam topik ini. Seperti biasa, letakkan masalah kesihatan sebagai faktor pertama semasa anda menyiasat.

Bagaimana Mengajar Anak Kucing Menggunakan Litter Box


Apabila anak kucing sudah mula berupaya mengawal sistem buangan najisnya (umur 3-4 minggu), inilah waktu terbaik untuk mula mengajarnya menggunakan kotak najis. Mengajar anak kucing lebih mudah berbanding mengajar kucing dewasa, dan kiriman ini menunjukkan beberapa cara untuk anda melatihnya.

No comments:

Post a Comment