Pages

Friday

Kucing Yg Suka Bercakap

Sesetengah kucing lebih peramah berbanding lain, malah personaliti suka bercakap ini adalah yang dicari-cari oleh penggemar kucing Siam dan lain-lain baka Oriental. Jika anda mempunyai kucing Siam yang bising, nampaknya terpaksalah anda menerima hakikat itu dan hidup dalam keadaan begitu, kerana untuk mengubahnya adalah mustahil. Ibarat mahu menghilangkan belang pada harimau.

Ada juga kebisingan ini lahir sejak kecil. Anak kucing yang memanggil ibunya jika mahukan sesuatu. Ada juga kebisingan ini dilatih secara tidak langsung oleh manusia, yang diperhatikan oleh kucing. Jika anda bangun dan melayaninya setiap kali kucing anda meminta sesuatu, seperti mahu makanan atau mahu keluar, atau mahu masuk, anda telah mengajarnya bahawa suaranya merupakan arahan kepada anda, walaupun tengah malam buta...

Jika ini kesnya, maka keadaan ini masih boleh diubah. Jangan penuhi kehendak mereka jika mereka mengiau. Jika anda mula dengan mengabaikan laungannya tetapi mengalah beberapa ketika kemudian, anda hanya mengajarnya bahawa untuk menyuruh anda melakukan sesuatu hanya perlu buat lebih banyak bunyi bising dan bukannya makin kurang.

No comments:

Post a Comment