Pages

Friday

Bernafas


Bernafas adalah fungsi normal badan yang dilakukan oleh binatang tanpa perlu berfikir mengenainya. Proses ini dikawal secara automatik oleh otak dan sistem sarafnya. Sistem pernafasan binatang mempunyai dua bahagian iaitu bahagian atas dan bawah.
Hidung dan leher membentuk sistem pernafasan atas atau upper respiratory tract manakala trakea dan paru-paru membentuk sistem pernafasan bawah atau lower respiratory tract.
Oksigen adalah penting untuk mengekalkan nyawa dan fungsi badan, maka jika binatang kehausan oksigen, mereka akan mati. Sesetengah penyakit yang menjangkiti sistem pernafasan kucing adalah merbahaya dan mengancam nyawa, tetapi ada juga yang lebih sekadar menyusahkan kucing dan membuatkannya tidak selesa.

Saya akan cuba berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan penyakit-penyakit yang biasa menjangkiti sistem pernafasan kucing. Harap-harap ianya tidak akan membosankan. Seperti biasa, saya akan cuba permudahkannya dan mengurangkan penggunaan istilah yang memeningkan kepala.
Anatomi pernafasan kucing adalah hampir sama dengan manusia. Walaupun hidung kucing adalah berbeza (dan lebih berbulu) namun fungsinya adalah sama.
Udara memasuki tubuh badan melalui lubang hidung (dan juga mulut). Mukus (sejenis lendiran) dan bulu-bulu kecil yang melitupi saluran hidung akan memerangkap kotoran dan bakteria dari udara. Udara itu kemudiannya menjadi lebih suam dan lembab sebelum ia memasuki paru-paru.

No comments:

Post a Comment