1. Jika anda tidak mahukan kucing anda, tidak mengapa melepaskannya di mana sahaja
Masih menjadi amalan yang memalukan bagi masyarakat Malaysia apabila mereka tidak lagi mahu membela kucing, mereka membiarkan kucing mereka di luar rumah. Golongan seperti ini akan berkata kepada diri sendiri bahawa kucing binatang yang berdikari dan mampu menjaga diri mereka sendiri, untuk memberi justifikasi terhadap tindakan mereka atau supaya mereka tidak rasa bersalah dengan tindakan itu.
Bukan soal berdikari atau tidak yang menjadi isu di sini. Isunya adalah kucing peliharaan yang mendapati diri mereka ditinggalkan akan cenderung untuk mati samada disebabkan kelaparan, kecederaan kerana pergaduhan dengan kucing lain, penyakit atau dilanggar kenderaan. Jika anda tidak mahu lagi membela kucing, anda mesti melakukan perkara yang betul iaitu, mencarikannya rumah baru atau membawanya ke pusat perlindungan.
2. Semua kucing jantan suka kencing.
Kencing yang dimaksudkan adalah spraying, iaitu satu bentuk perilaku menanda sempadan kawasan. Tidak semua kucing jantan akan spray. Kucing jantan yang tidak di neuter kemungkinan akan melakukan sprayberbanding kucing jantan yang telah di neuter. Ini juga satu sebab yang bagus mengapa anda perlu membawa kucing anda ke veterinari untuk dineuter kan. Kucing betina yang tidak di spay juga akan melakukan spraytetapi tidak lah begitu kerap sepertimana kucing jantan.
3. Kucing outdoor tidak boleh diubah menjadi indoor.
Boleh, dan ianya tidaklah terlalu susah. Ianya mudah jika anda memastikan kucing anda mendapat rangsangan mental yang mencukupi. Adalah lebih baik jika anda mempunyai taman halaman rumah atau kebun kecil yang tertutup untuk kucing anda menghirup udara luar di samping mengelakkan kebosanan.
4. Kucing amat berdikari dan sesuai untuk seseorang yang sibuk dengan urusannya.
Ini semua bergantung sepenuhnya kepada kucing tersebut. Sebahagian kucing lebih berdikari berbanding yang lain tetapi semua kucing memerlukan teman. Jika anda mempunyai gaya hidup yang sibuk, anda boleh memelihara dua ekor kucing supaya mereka boleh menemani rakan masing-masing ketika anda tiada di rumah.
5. Kucing indoor tidak akan mendapat penyakit/parasit
Kebanyakan virus/bakteria merebak melalui udara dan boleh dibawa masuk ke dalam rumah melalui udara atau pada pakaian seseorang. Kutu dan lain-lain parasit juga boleh dibawa masuk melalui pakaian.
6. Meletakkan loceng pada kolar kucing akan menghentikannya dari memburu burung dan tikus
Ada yang berjaya, tetapi ada juga yang tidak. Kucing saya terdahulu mempunyai 2 loceng pada kolarnya dan ini langsung tidak menghentikannya dari memburu. Ada juga kajian yang mengatakan kucing yang mempunyai loceng memiliki kemahiran memburu yang lebih baik kerana lama-kelamaan mereka belajar untuk bergerak tanpa membunyikan loceng. Ini menjadikan mereka pemburu yang lebih senyap dan efisien.
7. Semua kucing bencikan air
Kebanyakan kucing membenci air tetapi tidak semua. Kucing Turkish Van misalnya dikenali sebagai kucing yang sukakan air dan suka berenang. Kucing Bengal dan Norwegian Forest Cat juga suka bermain dengan air, walaupun mereka tidak suka berenang di dalamnya.
8. Kucing Siam kejam dan suka membuli
Temperament adalah hasil daripada genetic dan pergaulan kucing itu sendiri. Jika kucing dibesarkan dalam suasana kasih sayang, mereka akan membesar menjadi peliharaan yang penyayang dan dapat menyesuaikan diri. Jika benar kucing Siam adalah kejam, tidak mungkin mereka dapat menjadi antara breed yang paling popular di dunia.
No comments:
Post a Comment