Pages

Friday

Hati Hati Di Jalan Raya

Anda mahu pulang ke kampung, atau bercuti, adakah perlu membawa kucing bersama atau tidak? Ianya bergantung kepada kewangan dan keadaan juga. Jika anda mampu, adalah lebih mudah jika anda mendapatkan khidmat boarding yang banyak terdapat di klinik vet. Namun pastikan dahulu keadaan sangkar dan persekitaran udara di situ. Jika sangkarnya kecil, tanyakan mereka samada kucing itu akan dilepaskan atau tidak untuk meregangkan otot. Begitu juga dengan makanan dan kotak najis. 

Jika anda mahu membawanya juga ke kampung, adalah penting untuk menempatkannya di dalam carrier. Bukan sahaja ke kampung, malah ke mana sahaja yang anda bawa kucing itu di dalam kereta. Walaupun kuving itu mungkin berteriak (seperti menangis atau merayu) dan mencakarcarrier itu, ia adalah untuk kebaikan dirinya dan juga untuk anda.

Mungkin anda berasa anda mampu mengawalnya ketika mendukung kucing, tetapi jika kucing itu tiba-tiba terkejut dan mencakar seta mebenamkan kukunya akan menyebabkan anda melepaskan dukungan anda. Tetapi bahaya yang lebih mudarat adalah apabila anda memandu kereta dan kucing itu tidak di letak dalam carrier. Jika anda menekan brek secara tiba-tiba, kucing anda akan melayang, tersangkut di bawah kaki anda atau tercedera. Kucing anda juga mungkin akan berjalan di hadapan anda dan bergesel di muka anda, atau duduk di bawah pedal brek semasa memandu. Dan ini semua, akan membahayakan nyawa anda sendiri.

No comments:

Post a Comment