Friday
Menetapkan Peraturan Di Rumah
Bayangkan begini, kita mahu kucing kita bebas bermain di mana sahaja di dalam rumah tetapi bukan di belakang atau di atas TV. Kita mahu dia makan di dalam mangkuk yang disediakan dan tidak mahunya melompat di atas meja makan.
Atau kita mahu kucing bebas bermanja dan bergurau kecuali ketika kita sedang bekerja di hadapan komputer. Perkara sebegini adalah yang dikatakan undang-undang atau peraturan rumah.
Pendapat yang meluas mengatakan kucing kurang mampu mempelajari peraturan rumah. Kepercayaan ini adalah disebabkan kecenderungan kucing yang mahu sesuatu perkara itu mengikut kehendaknya sendiri. Perkara ini adalah benar, tetapi tidaklah benar sepenuhnya.
Kucing adalah binatang yang bijak dan boleh diajar beberapa peraturan dan mungkin juga kemahiran tertentu, jika mereka diajar dengan sabar, konsisten dan bertimbangrasa.
Adalah amat penting jika kita mahu anak kucing mematuhi sesuatu peraturan sehingga ianya dewasa, ia mesti diajar dan dimulakan sejak kecil lagi.
Misalnya kita tidak mahu kucing melompat ke atas meja makan. Ini perlu di ajar semasa kucing itu masih kecil. Cuba elakkan peraturan itu menjadi longgar hanya kerana anak kucing itu kelihatan sangat comel atau kerana kucing itu masih baru di rumah, kemudian menghukumnya pula apabila dia dewasa.
Kucing tidak akan dapat memahami mengapa dia dibenarkan untuk berada di atas meja makan semasa kecil, tetapi dihukum pula atas perlakuan yang sama ketika dewasa.
Sesetengah orang berkongsi katil dan tidur bersama kucingnya. Tetapi bukan semua orang begitu, mungkin anda tidak selesa berkongsi katil kerana kucing anda uka menggigit kaki anda, atau anda mempunyai alahan kecil. Apa sahaja sebabnya, sekadar menutup pintu bilik sahaja mungkin tidak memadai, melainkan kucing itu diajar supaya menjauhi bilik anda dan tidak berteriak apabila pintu ditutup.
Kucing tidak suka pintu yang tertutup. Naluri semulajadinya mendorong mereka untuk menyiasat apa disebalik pintu tersebut, walaupun mereka sudah pun mengetahuinya sebelum ini.
Tetapi seperti mana peraturan-peraturan lain, mengajarnya memerlukan kesabaran, konisisten dan bertimbangrasa. Kucing yang sentiasa dibenarkan berada dalam bilik tidur dan tiba-tiba ditegah akan berkemungkinan besar tidak akan menerima perubahan ini dengan serta-merta (dan mungkin juga memberontak).
Dia mahu bersama anda dan tidak memahami mengapa tiba-tiba tidak dibenarkan berbuat demikian. Dia mungkin menjerit dan berteriak di luar pintu, mencakarnya atau cuba menyelitkan kakinya dibawah celah pintu seolah-olah dia dapat mengangkat pintu itu ke atas supaya dapat melaluinya.
Kita boleh meletakkannya di bilik lain tetapi jeritannya mungkin tidak membenarkan anda untuk tidur dengan nyenyak. Ini adalah contoh mengapa kita perlu tetapkan dahulu peraturan yang perlu dipatuhi oleh kucing sebelum kita memeliharanya.
Kucing Garang
Saya rasakan anda tidak seharusnya lupa bahawa kombinasi ketangkasan, kebolehan memanjat, gigi serta kuku yang tajam dan kedegilan ini membuatkan mana-mana manusia tidak mahu kucing yang jinak bertukar menjadi liar. Saya bukanlah mahu menimbulkan ketakutan,hanya sekadar mahu menekankan beberapa perkara.
Hanya jika anda berasa sangat kompeten dan layak mengendalikan kucing yang berpotensi ganas, jangan sekali-kali memaksa kucing anda melakukan sesuatu melalui kekerasan. Kaedah terbaik berhadapan dengan kucing yang mengganas secara luarbiasa adalah membiarkannya sendirian. Jangan cuba mengongkong atau menghukumnya. Tinggalkan bilik itu atau biarkan ia beredar ke tempat lain untuk menenangkan diri.
Jika anda mendapati sedang berhadapan dengan kucing yang mengganas dan menyerang, carilah bantuan dari veterinari. Kadangkala kucing juga akan mengamuk, tanpa ada sebarang sebab yang jelas. Namun kes sebegini adalah amat-amat jarang berlaku. Jika ada, kebanyakannya adalah sebab kesihatan yang serius seperti kerumitan bahagian otak, saraf ataupun trauma.
Anda perlu melakukan sedikit penyiasatan ala James Bond untuk mengetahui punca mengapa kucing anda menggigit atau mencakar anda. Sikap agresif ini datang dari pelbagai punca, dan kaedah penyelesaiannya juga bergantung kepada punca tersebut. Berikut adalah beberapa punca biasa kucing anda mengganas.
Jika kucing anda menyerang kerana dia ketakutan atau menderita kecederaan, cara terbaik adalah berikan ruang dan tinggalkan kucing anda bersendirian seketika dan melihat semula asas-asas masalah ini. Kucing yang kesakitan atau ketakutan akan meletakkan telinganya pada kedudukan mendatar rapat ke kepala dan terarah belakang. Badannya juga akan berada dalam keadaan defensif dimana dia mendatar dan rapat ke tanah, kukunya akan terkeluar dalam keadaan bersedia untuk menerkam pada bila-bila masa, jika terpaksa. Jika kucing anda berada dalam posisi ini, dia sedang berkata kepada anda, "Jangan rapat dengan aku!" Anda perlu membiarkan kucing anda tenang dahulu, elok juga anda menyorok atau keluar dari bilik, sebelum meminta bantuan veterinar.
Kebiasaannya juga, carrier atau pengangkut yang sebelum ini dibenci oleh kucing anda akan kelihatan seperti tempat yang selesa baginya. Letakkan pengangkut itu dengan pintunya terbuka luas di dalam bilik di mana kucing anda berada. Jarakkan diri anda daripadanya,menyorok atau keluar dari bilik. Kucing anda akan memilih untuk pergi dan masuk ke dalam pengangkut tersebut atas kehendaknya sendiri. Ini akan menjimatkan masa dan tenaga anda berbanding anda memaksa kucing anda untuk masuk ke dalam pengangkut untuk di bawa ke veterinari. Jangan berlawan dengan kucing anda, anda akan kalah.
Anda sedang membelai kucing anda dan tiba-tiba dia mencengkam anda dengan gigi dan kukunya. Bukanlah suatu serangan penuh tapi anda tetap dapat merasa 'nikmat' ketajaman giginya pada bahagian tangan anda. Apa yang perlu anda buat? Cara mudah adalah jangan bergerak. Jangan menentangnya atau anda akan mendorongnya untuk melakukan gigitan sebenar. Kadangkala jika anda menggunakan tangan anda yang lagi satu untuk menghentak pada permukaan keras seperti meja atau lantai akan membuatnya terkejut dan melepaskan cengkamannya. Namun jika anda berdiam diri, kebiasaannya dia akan bertenang dan melepaskan anda.
Itu adalah antara penyelesaian jika anda mengalami fasa serangan. Pilihan yang lebih baik adalah anda sendiri perlu membiasakan diri dengan kucing anda dan memahami bahasa tubuhnya, dan menghentikan belaian atau usapan sebelum dia mengalami lebihan rangsangan. Pencinta kucing selalu mengatakan bahawa serangan sebegitu datang tanpa amaran, namun fakta sebenar adalah mereka terlepas pandang beberapa tanda yang menunjukkan kucing tersebut sudah 'tak tahan' atau 'tak dapat terima' belaian anda. Tanda paling jelas adalah pada ekornya. Jika kucing anda mula menyentak-nyentak ekornya dengan keras, maka ini menunjukkan sudah tiba masanya anda menghentikan usapan. Kami akan cuba pergi lebih mendalam berkenaan tanda-tanda ini di masa akan datang. Anda boleh secara sedikit demi sedikit membina masa belaian kucing anda. 3 kali usap, kemudian 4 dan kemudian 5. Jangan berlebihan, toleransi kucing anda akan dapat di bina dari masa ke semasa.
Perhatian!
Kebiasannya juga serangan 'aku dah tak tahan!' ini datang kerana anda mengusap bahagian perut kucing. Bahagian ini adalah sensitif terhadap kucing dan walaupun ia kelihatan seakan bergulingkan badan menawarkannya kepada anda adalah lebih baik anda mengusapnya di bahagian lain. Salah satu sebabnya adalah naluri dan fitrah seksualnya. Kucing jantan anda akan didatangi rasa ghairah jika perutnya diusap dan akan bertindakbalas dengan mengigit kerana itu adalah reaksi semulajadifeline bila melibatkan perilaku mengawan.
Adalah perkara biasa kucing menggigit dan mencakar ketika bermain. Memanglah sakit, tapi kucing yang menggigit kaki anda dan kemudian mengiringkan badannya pada dinding bukanlah mahu mencederakan anda, dia hanya mahu bermain dengan anda. Anda perlu menambah sessi bermain anda dengan menyediakan alat permainan yang sesuai seperti joran kucing (cat pole) atau mainan yang diikat pada tali, dan bukannya dengan bahagian tubuh badan anda, untuk membantu kucing anda membakar lebihan tenaganya sebelum anda mencuba sessi belaian atau pettingdengan tenang. Biar kucing anda tahu bahawa serangan ke atas bahagian badan anda itu adalah dilarang dengan membunyikan hon udara (air horn) atau sedikit semburan air yang halus. Jangan memukul kucing anda sama sekali.
Maaf la, saya tidak tahu bagaimana untuk menterjemah istilah ini. Istilah asalnya adalah redirect aggresive, yang terlintas dalam fikiran saya adalah perkataan 'tempias', kerana itulah yang berlaku dalam situasi ini. Kucing anda terlihat kucing lain, penceroboh, melalui tingkap rumah anda. Dia tidak dapat keluar dan sangat marah, kebetulan anda lalu berdekatannya dan dia menyerang anda. Kenapa? Anda hanyalah mangsa situasi tempias agresif. Pernahkah anda marahkan seseorang di pejabat, kemudian balik ke rumah dan anda menghempas pinggan atau barang-barang anda ke lantai? Pinggan itu tidak bersalah, tapi anda lepaskan kemarahan anda pada pinggan. Situasi sama berlaku pada kucing, dan ini agak sukar untuk diatasi. Cuba halau kucing lain dari mendekati rumah anda, hentakkan tangan anda pada tingkap atau bunyikan hon udara. Ingat, jangan gunakan kekerasan fizikal untuk menghalau kucing lain!

Takut atau Sakit

Lebihan rangsangan | Overstimulation

Permainan Agresif | Aggresive Playing
Adalah perkara biasa kucing menggigit dan mencakar ketika bermain. Memanglah sakit, tapi kucing yang menggigit kaki anda dan kemudian mengiringkan badannya pada dinding bukanlah mahu mencederakan anda, dia hanya mahu bermain dengan anda. Anda perlu menambah sessi bermain anda dengan menyediakan alat permainan yang sesuai seperti joran kucing (cat pole) atau mainan yang diikat pada tali, dan bukannya dengan bahagian tubuh badan anda, untuk membantu kucing anda membakar lebihan tenaganya sebelum anda mencuba sessi belaian atau pettingdengan tenang. Biar kucing anda tahu bahawa serangan ke atas bahagian badan anda itu adalah dilarang dengan membunyikan hon udara (air horn) atau sedikit semburan air yang halus. Jangan memukul kucing anda sama sekali.
Tempias Agresif | Redirect Aggresive
Maaf la, saya tidak tahu bagaimana untuk menterjemah istilah ini. Istilah asalnya adalah redirect aggresive, yang terlintas dalam fikiran saya adalah perkataan 'tempias', kerana itulah yang berlaku dalam situasi ini. Kucing anda terlihat kucing lain, penceroboh, melalui tingkap rumah anda. Dia tidak dapat keluar dan sangat marah, kebetulan anda lalu berdekatannya dan dia menyerang anda. Kenapa? Anda hanyalah mangsa situasi tempias agresif. Pernahkah anda marahkan seseorang di pejabat, kemudian balik ke rumah dan anda menghempas pinggan atau barang-barang anda ke lantai? Pinggan itu tidak bersalah, tapi anda lepaskan kemarahan anda pada pinggan. Situasi sama berlaku pada kucing, dan ini agak sukar untuk diatasi. Cuba halau kucing lain dari mendekati rumah anda, hentakkan tangan anda pada tingkap atau bunyikan hon udara. Ingat, jangan gunakan kekerasan fizikal untuk menghalau kucing lain!
Kucing Original?
Kebanyakan kucing yang tinggal di rumah bukanlah dari baka pedigree. Kucing pedigree membawa maksud ianya dari keturunan atau baka yang mempunyai rekod, atau salasilah yang jelas. Misalnya kucing Siam, Bali,Parsi, Bengal, Maine Coon dan Norwegian Forest Cat.
Sesetengah dari kita agak salah faham mengenai perkara ini, ada yang berkata dia mempunyai kucing Parsi dan dibeli di sekian-sekian kedai tetapi apabila ditanya tentang sijil, dia tidak mempunyainya. Kucing pedigree, termasuk kucing Parsi original, mempunyai sijil dari CFA atau TICA yang mengesahkan bahawa dirinya adalah dari baka kucing Parsi.
Memiliki bentuk muka besar dan ke dalam, berbulu tebal panjang tidak beerti kucing itu adalah kucing Parsi, yang mengesahkannya adalah sijil dan hanya boleh diperolehi dari breeder yang bertauliah sahaja.
Namun begitu, jika kucing itu bukan kucing Parsi sebenar sekalipun, tidaklah membawa maksud ianya perlu dijauhi, kerana kucing tetap kucing, samada bersijil atau tidak.
Saya hanya berkongsi perkara ini kerana mahu mengelakkan diri anda ditipu pula apabila membeli kucing biasa dengan harga RM3,000 kerana menyangka ia adalah Parsi.
Kucing Yang Lain Tidak Original?
Seperti saya katakan tadi, kucing tetap kucing dan jika anda memeliharanya maka tanggungjawab anda ke atas peliharaan anda adalah sama. Kucing biasa ini bermaksud kucing yang tidak berdaftar, sama seperti ibubapanya dan dalam kebanyakan situasi, berasal dari keturunan campuran.
Kucing ini juga dikenali sebagai mix breed, domestic shorthair (DSH) ataudomestic longhair (DLH). Atau nama yang lebih glamer di sini adalah kucing biasa, atau kucing kampung. Jadi, jika kita mempunyai kucing yang kelihatan seperti kucing Parsi, tetapi tidak ada sijil, maka ianya dipanggil DLH.
Saya tidak mahir tentang pedigree, dari segi penjagaan am, tidak banyak bezanya kucing biasa atau pedigree. Mungkin ada juga penjagaan khusus untuk sesetengah baka seperti Sphnyx, dan lain-lainnya tetapi seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahir mengenainya kerana saya hanya pernah memelihara kucing biasa sahaja.
Atas sebab yang sama juga, tidak banyak kiriman yang berkaitan dengan jenis-jenis baka kucing di blog ini. Jika anda berminat, saya syorkan anda berkunjung ke blog Kittun, anda boleh lihat di blognya mempunyai banyak gambar kucing peliharaan yang cantik-cantik. Saya sendiri pun geram juga tengok kucing Bengal nya itu.
Susah Jugak nak Training Kan Kucing Ni
Bolehkah kita mengajar kucing beberapa kemahiran atau arahan tertentu? Ada orang mengatakan keupayaan anjing untuk mempelajari dan mematuhi beberapa arahan atau melakukan helah tertentu adalah bukti anjing lebih bijak daripada kucing. Ada juga yang mengatakan ini sebenarnya menunjukkan kucing yang sebenarnya lebih 'bijak' berbanding anjing kerana tidak mahu membodoh-bodohkan dirinya menggulingkan badan atau melompat jika disuruh.
Kita tidak akan berdebat dengan perkara siapa lebih bijak, saya sendiri tidak berminat untuk berdebat dengan perkara yang saya anggap agak sia-sia ini. Apa yang penting adalah anda perlu memahami bahawa kucing dan anjing berbeza pendekatannya bagaimana mereka berhubung dan berkomunikasi dengan manusia. Anjing telah dibina untuk menjadi sebahagian dariapa struktur keluarga, iaitu untuk menggalas tugas tertentu. Anjing berkelakuan begitu kerana moyangnya, iaitu serigala juga berkelakuan begitu. Survival mereka bergantung kepada keluarga atau kawanan (pack).
Kucing pula datang dari tempat yang berbeza, iaitu pemburu tunggal yang tidak memerlukan pasukan untuk meneruskan kehidupan. Zaman sekarang cakap, ala-ala lone-ranger lah.
Secara mudahnya, boleh dikatakan anjing perlu berada dengan manusia, manakala kucing memilih samada untuk berada atau tidak dengan manusia.
Disebabkan perbezaan ini, anda sama sekali tidak boleh membuatkan kucing anda melakukan sesuatu yang dia tidak mahu. Sesuatu perlu diberikan kepada mereka. Jika melatih kemahiran, biasanya ganjarannya adalah makanan, namun ada juga sesetengah kucing yang sedia menerima upah mainan atau belaian. Ajarkan kucing anda perkaitan antara perkataan, seperti 'duduk' dan kemudiannya diikuti perlakuan memberinya ganjaran atau pujian.
Sebilangan pakar pelatih kucing menganjurkan supaya kita mengajar arahan 'duduk' itu pada kucing yang lapar dalam bilik yang aman dan sunyi. Buatkan kucing anda berdiri dengan menyentuhnya pada bahagian ekor dan pegang makanan pada kedudukan tinggi sedikit daripada kepalanya. Sebutkan namanya dan berikan arahan 'duduk'. Secara perlahan-lahan, gerakkan makanan itu ke arah di antara kedua telinganya tapi jangan sampai terlalu rendah hingga dia boleh mencapainya dengan kaki hadapannya. Akhirnya dia akan duduk, dan jika dia buat begitu anda berikan pujian dan makanan tersebut.Latih ia dalam sessi yang pendek dan anda perlu bersabar. Kucing anda akan dapat memahami arahan tersebut.
Bunyi macam gila? Saya mendapat tips ini daripada pakar pelatih (yang saya dah lupa namanya).Dari blog alamkucing.blogspot.com
Selamat Mencuba.

Maine Coon
Tidak dapat dipastikan dari mana asal-usul kucing Maine Coon ini. Apa yang diketahui adalah kucing ini adalah satu-satunya breed jenis long-haired yang hidup di Utara Amerika secara native. Kucing ini mula dikenali di Maine dimana mereka disayangi kerana kebolehannya untuk mengawal populasi tikus.
Kini Maine Coon dikenali dengan saiznya yang besar, perwatakan santai dan penampilan yang tampak kasar. Juga dikenali sebagai gentle giant dalam keluarga kucing, adalah tidak asing untuk bertemu dengan kucing Maine Coon yang bersaiz besar berbanding kucing biasa. Kucing ini dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam cuaca yang sejuk.
Maine Coon mempunyai susuk yang bersegi empat dan panjang, tulangnya besar dan penampilan keseluruhannya tegap kelihatan seperti pemburu yang hebat. Maine Coon juga mempunyai mata oval yang besar, telinga dan kaki berjumbai serta ekor panjang beralun.
Kucing Maine Coon sentiasa diminati kerana kecantikan dan ciri-ciri nyata seperti coat yang panjang selembut sutera namun kelihatan kasar. Bulunya lebih pendek di bahagian bahu dan panjang pada perut dan ekor. Bulunya kalis air dan mudah untuk disikat. Satu lagi ciri yang sangat menarik adalah kucing ini dilihat begitu sukakan air. Tidak memeranjatkan jika anda melihat mereka membantu pemilik mereka mengisi air mandi dalam tub atau melihat mereka merendam makanan mereka dalam air dan bermain-main dengannya.
Maine Coon sangat dikenali dengan sikapnya yang penyayang, kecenderungan untuk berkawan dan kebijaksaannya. Mereka dapat belajar bermain fetch dan dapat menyesuaikan diri berjalan dengan tali kekang tanpa memberi kesusahan pada pemiliknya. Breed yang menyerikan ini menjadi popular kepada mereka yang mahukan teman dalam hidup mereka. Pemilik Maine Coon menghargai keupayaannya menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan menjadikan mereka sangat versatil.
Maine Coon boleh dijumpai dalam beberapa warna dan corak termasuk solid, tabby, bicolor,tortoiseshells, tabby-tortoise,smoke dan shaded. Yang paling umum dan dikenali adalah warnabrown-classic-tabby. Matanya besar berbentuk oval dan warnanya berbeza samada hijau, keemasan atau biru. Maine Coon agak lambat untuk matang dan memerlukan antara 3-4 tahun untuk mencapai saiz penuh sebenar.Saya sebenarnya tidak mempunyai kucing baka ini,cuma membela kucing kampung info ni pun dapat dari orang lain.Haha

Maine Coon mempunyai susuk yang bersegi empat dan panjang, tulangnya besar dan penampilan keseluruhannya tegap kelihatan seperti pemburu yang hebat. Maine Coon juga mempunyai mata oval yang besar, telinga dan kaki berjumbai serta ekor panjang beralun.
Kucing Maine Coon sentiasa diminati kerana kecantikan dan ciri-ciri nyata seperti coat yang panjang selembut sutera namun kelihatan kasar. Bulunya lebih pendek di bahagian bahu dan panjang pada perut dan ekor. Bulunya kalis air dan mudah untuk disikat. Satu lagi ciri yang sangat menarik adalah kucing ini dilihat begitu sukakan air. Tidak memeranjatkan jika anda melihat mereka membantu pemilik mereka mengisi air mandi dalam tub atau melihat mereka merendam makanan mereka dalam air dan bermain-main dengannya.

Personaliti Kucing
Mata yang cerah bersinar, bulu yang lembut berkilat dan sikap waspada adalah antara tanda menunjukkan kucing anda sihat. Kucing yang sihat juga mempunyai selera makan yang baik, sentiasa membersihkan diri dan interaksi baik dengan pemiliknya.
Salah satu faktor dalam aspek kesihatan, yang sering dilupakan adalah personaliti. Kita boleh menjangka sesuatu terhadap personaliti kucing walaupun ketika dia masih kecil. Jika anda baru membuat keputusan untuk memelihara kucing, anda boleh menguji bagaimana personaliti kucing itu. Pegang kucing dan letakkan dalam dakapan anda dan lihat samada kucing itu berada dalam keadaan tenang atau tertekan.
Dukungnya seperti bayi pula, dengan bahagian perut menghala ke atas, dan lihat sekali lagi bagaimana reaksinya. Jika anda mencari kucing yang manja, dan kucing yang anda uji ini tidak membenarkan anda memegangnya lebih dari satu saat, mungkin anda patut mengubah pilihan kucing lain atau merancang untuk melatihnya dan mendapat kepercayaan dari kucing tersebut. Atau mungkin melatihnya agar lebih dia menjadi lebih tenang.
Pada umur 2 hingga 7 minggu adalah waktu kritikal yang menentukan sejauhmana tahap sosial kucing tersebut. Kucing yang dikendalikan oleh ramai orang dan berinteraksi dengan kucing lain atau binatang lain lebih cenderung untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik ketika dewasa. Tanyakan pemiliknya dahulu pengalaman kucing itu semasa muda sebelum anda mengambil kucing itu untuk dipelihara.
Ujian seterusnya adalah dengan memegang telinganya, buka mulutnya dengan lembut dan sentuh kakinya. Sekali lagi,lihat samada kucing itu bersedia membenarkan anda memegangnya. Jika ya, secara umumnya kucing itu mempercayai anda. Jika anda meletaknya ke bawah dan beredar darinya, adakah kucing itu menunjukkan rasa minat terhadap anda? Adakah dia mengekori anda? Walaupun tiada bukti saintifik, saya seakan percaya juga bahawa ada sedikit ikatan misteri antara sesetengah kucing dengan sesetengah orang.
Adakah kucing itu waspada, bertindakbalas dan suka bermain? Anda boleh mengujinya dengan melemparkan mainan yang mudah, seperti gumpalan kertas seakan bola. Kesemua ujian mudah ini akan memberikan anda sedikit gambaran tentang bagaimana personaliti seseekor kucing. Walaupun dengan anak kucing yang sihat, kos jagaan kesihatannya adalah tinggi sedikit berbanding kucing dewasa kerana mereka lebih terdedah kepada penyakit. Mereka juga memerlukan rutin kesihatan yang lebih banyak pada umur muda, termasuklah vaksinasi, ujian viral dan neuter atau spay.

Kucing Berdengkur?
Namun pakar pengkaji telah memerhati dengan khusus fenomena dengkuran ini dan melihat ia bukan sekadar tanda ketenangan atau kesenangan. Kucing juga berdengkur jika mereka cedera, semasa melahirkan anak, malah ketika menghadapi kematian. Pakar zoologi British, Desmond Morris menyimpulkan bahawa dengkuran ini sebagai tanda persahabatan, samada kucing itu senang ketika ditemani atau ketika saat memerlukan seorang teman, sepertimana kucing yang sedang menghadapi masalah.
Kucing mula berdengkur sebelum mereka dapat membuka mata mereka lagi sejak kecil, terutamanya ketika menyusu, dan memberi ketenangan kepada ibu kucing, yang turut juga berdengkur.
Jika ada kelebihan kucing domestik berbanding Raja Rimba dan mana-mana kucing besar yang lain adalah kucing domestik dapat berdengkur tetapi singa, harimau dan lainnya tidak. Harimau dapat mendengus sebagai tanda persahabatan tetapi hanya ketika menghembus nafas. Tiada keluarga kucing besar dapat berdengkur secara berterusan ketika menyedut dan juga menghembus nafas. Namun begitu, kucing-kucing besar ini meskipun tidak dapat berdengkur, mereka diberikan satu kelebihan lain, iaitu mengaum. Kucing domestik tidak dapat mengaum, iaitu pada saya lebih baik begitu. Tiada siapa yang mahu membela kucing jika kucing dapat mengaum...hehe
Kucing yang lebih tua juga didapati berdengkur apabila cuba mendekati kucing muda, sebagai tanda dia ingin bersahabat dan berkawan. Jika di klinik veterinari, kucing yang cedera juga berdengkur untuk menenangkan dirinya sendiri. Anehnya dengkuran ini didapati berhenti jika dia terdengar bunyi air mengalir, seperti air paip di sinki. Kadangkala doktor terpaksa membuka air ini untuk menghentikan sebentar dengkuran kucing kerana sukar untuk mendengar denyutan jantung kucing disebabkan purring itu.
Walaupun kebanyakan pakar dapat mengenalpasti mengapa kucing berdengkur namun mereka belum pasti bagaimana mereka berdengkur. Pendapat umum mengatakan dengkuran itu berasal dari peti suara yang dipanggil vestibular chord dan laluan udara melalui struktur inilah yang memberikan dengkuran kucing yang memberi ketenangan kepada manusia
Diet
Apabila kucing meningkat usianya, beberapa bahagian dalam tubuh akan mula merosot dan mungkin akan menyukarkan kucing kita untuk mengekalkan aktiviti hariannya. Jika kita mempunyai kucing yang sudah tua, kita hendaklah menjadikan aktiviti harian sahabat lama kita semudah yang mungkin.
Adalah menjadi kebiasaan jika penglihatan dan pendengaran kucing merosot seiring dengan usianya, walaupun amat jarang sekali kucing menjadi buta sepenuhnya disebabkan oleh usia. Jika penglihatannya merosot, kebanyakan binatang masih boleh melihat dengan baik pada waktu siang berbanding malam.
Kucing tua akan lebih selesa jika mangkuk makanan dan kotak najisnya diletakkan dalam ruang kawasan yang sama di mana mudah untuk dicari. Tapi ini tidaklah bermakna kita perlu meletakkannya sebelah menyebelah pula.
Dalam kebanyakan situasi, adalah lebih baik jika kita memelihara kucing sebagai indoor, dan ia adalah satu keutamaan jika kucing kita sudah tua, apatah lagi jika pendengarannya sudah merosot atau pekak.
Berbeza dengan penglihatan, kucing boleh menjadi pekak sepenuhnya disebabkan oleh penuaan. Kita tidak boleh membiarkannya berada di luar rumah bersendirian atau tanpa pemantauan kerana kucing tidak lagi mendengar bunyi yang menjadikannya waspada, seperti bunyi kereta yang menghampirinya.
Keperluan Air Minuman
Disebabkan penyakit buah pinggang sering terjadi pada kucing tua, mengekalkan sumber air yang baik adalah sangat mustahak untuk menjaga keselesaannya.
Anda boleh mempelajari bagaimana untuk memberikan suntikan bendalir (air) di bawah kulitnya di klinik-klinik haiwan. Ini dapat mengekalkan dan membantu meningkatkan tahap hidrasi kucing anda. Suntikan ini hanya diberikan di bawah kulitnya sahaja dan bukannya menerusi salur darah, jadi ianya tidaklah begitu sukar.
Lagipun adalah sangat susah untuk memaksa kucing untuk minum walaupun semasa ia masih berupaya, apatah lagi jika kucing kita sedang lemah dan kehilangan air dengan banyak. Mempelajari bagaimana memberikan suntikan ini akan memanfaatkan anda di masa akan datang.
Beritahu sahaja kepada doktor anda mahu belajar buat subcutaneous fluid injections, atau bahasa mudahnya suntik air. Klinik yang baik akan berbincang prosedurnya dengan anda. Pemilik kucing yang baik juga sudah tentu tidak kisah jika dikenakan sedikit bayaran jika diminta, asalkan berpatutan.
Makanan Kucing Berumur
Kucing tua tidak lagi membina otot dan kurang aktif berbanding waktu mudanya, maka mereka memerlukan makanan yang kurang protein dan kurang kalori. Lagipun dengan peningkatan usia akan mengurangkan kemampuan sistem penghadamannya.
Kebanyakan syarikat makanan akan meletakkan diet itu dengan label Senioratau Geriatric dan keduanya dirumus untuk memenuhi keperluan kucing tuda. Tapi perlu diingat, tidak bermakna anda perlu automatik tukar makanannya hanya disebabkan ia meningkat tua, apatah lagi jika kucing yang tua tetapi masih aktif dan sihat.
Cara yang terbaik adalah berbincanglah dahulu dengan doktor anda sebelum menukarkan diet.
Penyakit gigi dan gusi sering berlaku pada kucing tua dan mempengaruhi berapa banyak ia akan makan. Kesihatan gigi boleh diperiksa pada setiap kali lawatan klinik dan dietnya juga boleh diubah bergantung kepada keadaannya. Makanan yang lebih lembut yang hanya memerlukan sedikit kunyahan (atau tak perlu kunyah langsung) akan membantu kucing tua.
Jika kucing tiada selera makan, kita boleh berikan makanan yang padat dengan nutrisi, diberikan dalam kuantiti kecil. Adalah penting untuk kucing tua ini makan atau sekurang-kurangnya mengekalkan berat badannya.
Arthritis
Kesakitan ini tidak dapat dielak kerana setiap sendi pasti akan mengalami kehausan apabila umur semakin meningkat. Penyakit ini akan menyebabkan kesakitan dan mengekang pergerakan kucing. Jika kucing tidak dapat bergerak dengan baik, dia mungkin tidak dapat melakukan keperluan hariannya dengan normal seperti membuang najis atau membersihkan diri.
Kucing arthritis yang menghabiskan masanya di luar rumah akan berada dalam bahaya kerana tidak boleh melompat dan berlari seperti biasa, terutamanya ketika keadaan bahaya. Sendi yang sakit juga menyebabkan kucing susah untuk melompat turun, walaupun ia kelihatan tidak setinggi mana.
Lokasi dan rekabentuk kotak najis mungkin perlu ditukar untuk kucing arthritis. Kita perlu memastikan kucing boleh keluar dan masuk dengan mudah dari kotak najisnya. Pertimbangkan kotak najis yang tidak berbumbung dan berdinding rendah jika kucing anda susah menggunakan kotak yang sedia ada.
Begitu juga dengan lokasi mangkuk makanan dan airnya. Jika kucing tidak boleh menggerakkan kepala dan lehernya dengan baik, kita perlu menaikkan kedudukan mangkuk itu dengan mengalasnya dengan buku, kayu atau apa sahaja. Ini dapat menambahkan keselesaan kucing kita untuk makan dan minum.
Ruang rehat
Kucing tua akan kehilangan lemak pada badan dan otot sebagai penebat haba. Mereka tidak lagi mampu menahan kesejukan dan boleh menyebabkan kesakitan apabila bahagian tulang bergeser pada permukaan keras seperti lantai (tubuh saya sendiri pun dah mula rasa macam tu! hehe).
Pastikan kucing anda mempunyai alas yang lembut dan tebal seperti tuala untuk membantu keselesaannya. Kurangkan penggunaan penghawa dingin pada ruang tempat tidurnya.
Parasit dan serangga pengacau
Tahukah anda bahawa serangga suka mengambil kesempatan pada binatang lemah? Contoh mudah adalah lalat, atau nyamuk lebih gemar menyerang dan mengganggu binatang yang lemah. Kucing tua tidak dapat bergerak ke tempat lain atau menggaru dengan mudah jika terdapat gangguan seperti ini.
Serangga biasanya mahu mendapatkan makanan semudah yang mungkin dan jika binatang itu tidak menghalaunya, lebih mudah bagi mereka untuk terus menginap dan makan di situ.
Sentiasa periksa kucing berkenaan kehadiran kutu dan hapuskannya. Tapi pastikan produk itu sesuai untuk kucing yang sudah tua. Jika kucing itu dibiarkan keluar, periksa tempat dia tidur atau rehat dan pastikan semut tidak mengganggunya.
Pastikan juga lalat tidak mengganggunya, kerana lalat akan melepaskan telurnya pada binatang yang tidak bergerak dan telur itu akan menetaskan ulat dalam tempoh 12 jam sahaja. Sudah tentu kita tidak mahu membersihkan telinga, ketiak atau punggung kucing dari ulat-ulat itu kan?
Kesimpulan dari kiriman ini adalah, penjagaan kucing tua akan lebih mudah dan manfaat yang besar bagi anda dan kucing anda jika ianya dipelihara sebagai indoor. Kebanyakan dari kita memelihara kucing sebagai outdoorsahaja, tidak mengapalah tetapi apabila tiba umurnya, kucing itu perlu dipelihara sebagai indoor juga.
Ini juga adalah faktor yang perlu difikirkan jika anda bercita-cita mahu memelihara kucing.
Declawing
Sebelum ini kita telah melihat apa itu declawing. Jika anda berfikir mahu melakukannya, saya mahu memberikan beberapa maklumat untuk membantu anda membuat keputusan.
Pertamanya, anda patut tahu bahawa declawing ini, walaupun didatangkan dengan pelbagai pakej yang penuh dengan istilah kedoktoran, ia adalah trend. Saya melihatnya sebagai trend Amerika, atau American thing, atauAmerican style. Saya bukan bermaksud prejudis, tetapi jika anda melayari internet, anda akan dapat melihat sendiri siapa yang paling banyak melakukannya. Saya katakan trend kerana ia adalah sesuatu yang kita lakukan untuk kesenangan kita tanpa memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku pada kucing kesayangan. Di England, declawing dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan dan proses pengkudungan yang tidak wajar. Malah terdapat 23 buah negara mengharamkannya dari diamalkan oleh mana-mana pihak.
Sebelum anda melakukan declawing, anda perlu jelas bahawa declawingbukan seperti membersihkan kuku, atau memotong kuku, atau mengikir kuku tetapi ia adalah pembedahan yang serius. Kuku kucing anda sebenarnya bukanlah kuku, tetapi tulang, yang bersendi pada hujung jari kakinya. Declawing adalah proses membuang tulang itu, dan ini mencacatkannya, atau kudung. Pada peringkat ini anda sepatutnya memahami mengapa declawing dianggap tidak berperikemanusiaan.
Ia adalah pembedahan yang menyakitkan dengan proses penyembuhan yang sangat menyakitkan. Dan ingatlah bahawa sepanjang tempoh penyembuhan itu kucing anda masih perlu menggunakan kakinya untuk berjalan, melompat dan menguis di dalam litter box walaupun dalam keadaan kesakitan. Jika kita sakit kita dapat berehat di tilam empuk atau duduk di kerusi roda, tetapi kucing tidak dapat buat begitu.
Tiada penggemar kucing yang meragui deria kucing adalah sangat tinggi berbanding manusia. Begitu juga dengan kesakitan. Kucing akan merasa sakit, lebih tinggi berbanding manusia. Namun anda tidak dapat melihat kesakitan itu ditonjolkan oleh kucing, kerana mereka menyembunyikannya. Bukan kerana ego, tetapi itu adalah fitrah mereka. Kucing tidak akan menonjolkan bahawa mereka sedang berada dalam keadaan lemah kerana ia meletakkan mereka dalam keadaan bahaya, dan secara fitrahnya mereka akan menyembunyikan kesakitan itu.
Ada sebahagian pemelihara kucing yang mendakwa kucing mereka OK dan tiada apa-apa kesakitan sepanjang tempoh penyembuhan. Ini adalah tidak benar sama sekali kerana mereka tidak memahami tabiat dan fitrah kucing itu sendiri.
Struktur badan kucing dibina untuk memberikan ketangkasan, kelincahan dan kecantikan yang unik kepada spesies ini. Kukunya adalah penting kerana ia sebahagian daripada binaan ini. Mengkudungkan bahagian penting daripada binaan anatomi ini akan mengubah keselesaaan kaki mereka. Ini juga akan merampas keupayaan mereka untuk mempertahankan diri dan mendedahkan mereka kepada apa sahaja pemangsa atau bahaya dan mereka hanya mampu berlari dan tidak dapat memanjat untuk menyembunyikan diri.
Bagi mereka yang beragama Islam, membuang kuku kucing melalui prosesdeclawing adalah haram. Kerana ini mencacat, menyeksa dan merampas hak kucing. Ia hanya boleh dilakukan jika darurat sahaja, dan kerosakan pada perabot itu tidak dianggap sebagai darurat. Masih banyak cara lain untuk mendidik kucing selain daripada declawing.
Anda boleh merujuk fatwa tersebut di sini. Sedikit petikannya saya masukkan di bawah:
Bagi mereka yang bukan beragama Islam, anda perlu melihat pandangan profesional berkenaan dengan declawing:
Cat Fanciers’ Association (CFA):
Association of Veterinarians for Animal Rights (AVAR):
Dalam petikan di atas, kesemua highlight terhadap ayat tersebut dilakukan oleh saya dan bukan dari pihak berkenaan. Ianya dilakukan untuk memberi penekanan terhadap para pembaca semua.

1. Trend

2. Mencacatkan kucing

3. Kesakitan

4. Merampas Hak Kucing
Struktur badan kucing dibina untuk memberikan ketangkasan, kelincahan dan kecantikan yang unik kepada spesies ini. Kukunya adalah penting kerana ia sebahagian daripada binaan ini. Mengkudungkan bahagian penting daripada binaan anatomi ini akan mengubah keselesaaan kaki mereka. Ini juga akan merampas keupayaan mereka untuk mempertahankan diri dan mendedahkan mereka kepada apa sahaja pemangsa atau bahaya dan mereka hanya mampu berlari dan tidak dapat memanjat untuk menyembunyikan diri.
5. Hukumnya Haram
Bagi mereka yang beragama Islam, membuang kuku kucing melalui prosesdeclawing adalah haram. Kerana ini mencacat, menyeksa dan merampas hak kucing. Ia hanya boleh dilakukan jika darurat sahaja, dan kerosakan pada perabot itu tidak dianggap sebagai darurat. Masih banyak cara lain untuk mendidik kucing selain daripada declawing.
Anda boleh merujuk fatwa tersebut di sini. Sedikit petikannya saya masukkan di bawah:
Dr. Sano Koutoub Moustapha, professor of fiqh and its principles, International Islamic University, Malaysia, states:
Islam calls upon Muslims to fear Allah in everything including the animals. Islam also calls upon Muslims to be gentle and nice to everything and at all times even when they want to slaughter animals.
In this context, declawing a cat is a form of harming, oppressing, and depriving it from its rights of having claws, which it needs not to scratch your furniture but to scratch and defend itself.
Therefore, you should let your cat grow its claws and find other ways of protecting your furniture other than hurting or harming innocent and friendly animals like cats.
Bagi mereka yang bukan beragama Islam, anda perlu melihat pandangan profesional berkenaan dengan declawing:
Cat Fanciers’ Association (CFA):
"CFA believes the declawing of cats…to be elective surgical procedures which are without benefit to the cat. Because of postoperative discomfort or pain and potential future behavioral or physical effects, CFA disapproves of declawing…"
Association of Veterinarians for Animal Rights (AVAR):
"The AVAR is opposed to cosmetic surgeries and to those performed to correct ‘vices.’ Declawing is generally unacceptable because the suffering and disfigurement it causes is not offset by any benefit to the cat. Declawing is done strictly to provide convenience for people."
"The AVAR believes that people who desire cats as companions should endeavor to learn about feline behaviorprior to adopting a cat. If certain behavioral traits are unacceptable, then the desire for a cat should be reconsidered."
Dalam petikan di atas, kesemua highlight terhadap ayat tersebut dilakukan oleh saya dan bukan dari pihak berkenaan. Ianya dilakukan untuk memberi penekanan terhadap para pembaca semua.

Make Up Time!
Adalah baik jika kita memperkenalkan sesi menyikat ini kepada anak kucing terutamanya yang baru di bawa pulang atau dibela. Mulakan dengan memberikan sikat itu kepadanya, biarkan dia menghidunya dahulu. Kalau dia gigit sikat itu (biasanya anak kucing), biarkan sahaja supaya dia membiasakan dirinya dengan peralatan menyikat itu.
Secara perlahan-lahan, sikatkan kucing anda di sekitar leher dan belakang badan. Jika dia mendengus atau mencakar, cuba tenangkannya dengan bercakap dengan nada lembut. Jika perlu, mungkin anda memerlukan tali kekang untuk mendiamkannya semasa menyikat.
Melembabkan sikat dengan air (atau dilakukan selepas mandi) akan memudahkan kerja menyikat. Mulakan dari bahagian kepala menuju ke ekor (guna sikat halus/rapat), kemudian balikkan kucing untuk bahagian perut dan lipatan kaki.
Ulang pula dengan slicker brush (berus dawai besi, mata pendek) untuk membuang bulu yang sudah mati.
Untuk permulaan, tetapkan sesi menyikat ini dalam masa yang singkat tetapi berulang-ulang. Misalnya 2 atau 3 kali menyikat sehari dengan 1 minit setiap sesi dengan menggunakan sikat yang lembut. Ini semua bergantung kepada tahap toleransi kucing masing-masing. Kebiasaannya, walaupun kucing itu tidak mahu disikat, dengan latihan begini dia akan mula menikmatinya.
Anak kucing yang dilatih kebiasaannya akan lebih bertoleransi berbanding kucing dewasa. Lagipun adalah lebih senang mengendalikan 1 / 2 kilo anak kucing berbanding 2 kilo kucing dewasa. Percayalah, adalah sangat berbaloi jika anda melatihnya ketika usia masih muda.
Jika anda menghadapi keadaan yang sukar untuk menyikat, mungkin anda perlukan bantuan orang lain untuk memegangnya. Dengan memberikan upah makanan kepada kucing anda juga dapat membantu memujuknya, dan menggalakkannya supaya duduk diam semasa menyikat.
Sesetengah kucing juga suka disikat semasa makan. Makan dapat mengalihkan tumpuannya dan memberikan anda peluang untuk menyikat beberapa kali. Tapi ada juga kucing yang tidak suka diganggu semasa mereka makan, maka kita perlulah menghormati kehendaknya.
Sikat Kutu
Bagi saya, peralatan yang sangat penting adalah sikat kutu, ianya mempunyai gigi yang rapat dan halus. Kebanyakannya mempunyai pemegang yang mudah dikendalikan, dan mempunyai gigi besi. Kucing berbulu pendek dapat disikat dari kepala hingga ke ekornya dengan menggunakan sikat ini, tapi ia adalah terlalu halus jika kucing anda berbulu panjang.
Fungsi sikat kutu ini yang saya lihat adalah dua, iaitu untuk memeriksa kehadiran kutu dan untuk memeriksa keruping (penyakit kulit), kulit bersisik serta bulu gugur. Cuba sikat kucing anda menggunakan sikat ini, dan anda mungkin terkejut melihat begitu banyak bulu gugur yang terperangkap. Ia juga boleh membuang bulu yang berselirat, begitu juga dengan kutu dan daki-dakinya.
Tetapi berhati-hati ye, kerana sikat kutu ini juga boleh memutuskan bulu jika tidak dikendalikan dengan baik. Ia juga menyakitkan jika diguna pada kucing berbulu panjang, atau kucing yang mengalami matted fur, dan jika gigi sikat itu bengkok, ia amat mudah melukakan kucing.
Bagaimana dengan kucing bulu panjang?
Bagi kucing berbulu panjang, sikat bergigi besi, sederhana padat atau kasar. Ada juga yang menggunakan berus yang mempunyai rerambut dihujungnya, tetapi sikat ini hanya dapat memberus bahagian atas bulu kucing dan membiarkan bulu yang berselirat di bawah. Sikat besi yang lebih kasar juga diperlukan jika kucing anda mempunyai lapisan yag lebih panjang, terutamanya jika terdapat banyak bulu gugur yang terperangkap.
Satu cara untuk menenangkan kucing semasa menyikat adalah dengan memilih satu kawasan badannya untuk disikat, dan hanya sikat 1 kawasan sahaja untuk sehari, atau beberapa hari. Perlu juga diingat bahawa kucing yang cukup bertoleransi dengan sesi menyikat juga ada hadnya, dan anda perlulah berhenti dan menyambungnya semula pada keesokan hari pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)